Selasa, 26 Julai 2011

X-PERIMEN INDUK YANG PERTAMA KALI DIKAWINKAN

Bulan Julai telah memberi rezeki dengan kelahiran banyak anak arnab yang mana induknya buat pertama kali dikawinkan. Ada di antaranya memberi hasil yang sangat membanggakan kerana anak-anak arnab yang dilahirkan mewarisi warna yang menarik daripada nenek moyang mereka. Walaupun tidaklah begitu banyak dan ada sebahagian ibu arnab yang masih blur dan tidak tahu cara untuk menjaga anak dengan baik, namun dengan cara paksaan ibu arnab sudah mula menyesuaikan diri dan pandai menyusukan anaknya. Inilah antara anak arnab yang sedang membesar dengan sihat.





 Amacam??? comel x? hahaaa... ni la namanya rezeki. Bersyukur dengan nikmat daripadaNYA. InsyaAllah..

Selasa, 5 Julai 2011

ARNAB TEDDYBEAR KUBANG PASU TB110502

Arnab yang gebu seperti teddybear sekiranya mendapat penjagaan yang baik dan sempurna, pasti akan kelihatan sgt comey dan menarik. Ditambah pulak dengan bulu yang gebu dapat menarik perhatian setiap orang yang memandang. Ha3..Yang ini Baka TEDDYBEAR yang dah berusia 3 bulan. Jantina: BUCK ^_^