TERMA & POLISI

**************************************************
Adalah dimaklumkan kepada semua penlanggan yang dihormati bahawa sebarang urusniaga melibatkan AKP adalah tertakluk kepada terma dan polisi berikut:

POLISI 
1.Tiada lawatan ke kawasan ternakan. AKP tidak membuka kawasan ternakan untuk lawatan dan tatapan pengunjung atau pelawat kerana semua urusan adalah secara online.
2.Para pembeli boleh melihat gambar yang di'upload' di blog, laman jualan mudah.com dan 'page' facebook Arnab Kubang Pasu.
3.Setiap gambar akan diwakili oleh kod tersendiri sebagai rujukan untuk tempahan dan belian.


SYARAT JUALAN
1.Kaedah pembayaran adalah secara tunai atau pemindahan wang secara online (fund transfer). Bagi kaedah pemindahan wang online, sila dapatkan no. akaun daripada AKP dan bukti pembayaran hendaklah di emailkan kepada trivial60@gmail.com.
2.Bayaran deposit 50% daripada harga jualan diperlukan untuk tempahan (booking) dan baki bayaran hendaklah dijelaskn apabila arnab diterima.
3.Deposit akan dikembalikan sekiranya tempahan / booking dibatalkan atas sebab-sebab yang munasabah serta mengikut budi bicara pihak pengurusan AKP.
4.Setiap pembeli hanya mendapat jaminan untuk mengembalikan aranab yang dibeli dalam tempoh 24 Jam selepas pembelian sekiranya terdapat sebarang ketidakpuasan terhadap pembelian tersebut.
5.Sebarang pemulangan balik hendaklah disertakan sebab, bukti dan alasan yang munasabah untuk dipertimbangkan.
6.Keutamaan kepada pelanggan atau pembeli adalah diberi bedasarkan konsep " first come first serve".
7.Pihak AKP tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kamatian dan apa-apa yang berlaku disebabkan kecuaian atau kurangnya pengetahuan pembeli dalam pengurusan arnab yang telah dibeli.



JAMINAN KESIHATAN
1. Semua arnab yang dikembang biak oleh AKP adalah dibawah pengawalan dan menerima suntikan kawalan penyakit secara berkala.
2.Arnab yang dijual juga diberi makanan secara berjadual dan diberi makanan tambahan seperti vitamin dan suppliment.
3.Bukti hendaklah disertakan sekiranya arnab yang dibeli didapati terdapat sebarang jangkitan atau kecederaan setelah arnab diterima.
4.Pallet yang digunakan adalah cap Gold Coin, adalah dinasihatkan supaya pembeli juga menggunakan pallet yang sama.



DISKAUN
1.Kadar diskaun dikira secra portion atau percentage dan tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan AKP.
2.Hanya jualan tertentu sahaja layak diberi diskaun.


KAEDAH PEMBELIAN
1. Pilih arnab yang ingin dibeli / ditempah bedasarkan gambar di blog AKP, facebook AKP atau di jualan mudah.com
2.Hubungi AKP dengan memaklumkan no kod rujukan arnab tersebut. (setiap arnab ada kod yang tersendiri).
3.Buat pengesahan untuk pembelian/tempahan arnab.
4.Tempahan yang dibuat hanya disahkan sekinya 50% deposit telah dijelaskan. 
5.Jelaskan bayaran sewaktu arnab diterima.




PENTING!!!
Pihak AKP berhak mengubah, meminda atau menukar sebarang terma, syarat dan polisi yang dinyatakan ini dari semasa ke semasa walaupun tanpa sebarang notis dan pemberitahuan mahupun tidak bersebab.


Harap maklum,
AKP
20 November 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan