Ahad, 10 April 2011

KENALI ARNAB DUTCH


SEJARAH ARNAB DUTCH
Dikatakan bahawa Arnab dutch berasal dari Belanda sekitar tahun 1850 atu juga dikenali dengan nama Hollander Rabbit. Baka ini juga mula berkembang biak di England pada tahun 1864 di mana populariti baka ini kian dikenali umum, maka kesannya berlaku pengeksportan ke seluruh dunia. Arnab dutch adalah salah satu baka arnab domestik tertua yang dikenali umum. Baka ini juga dianggap sebagai arnab yang fancy kerana tanda-tanda khas pada arnab jenis ini.


FIZIKAL ARNAB DUTCH


Mempunyai telinga yang tegak dan kaki belakang yang kuat serta lebih panjang dari kaki depan. Arnab dutch selalunya berwarna putih dengan penambahan warna dasar yang lain. Mereka adalah salah satu arnab yang popular kerana diternak/dibela sebagai binatang kesayangan. Secara puratanya arnab dutch dewasa akan mempunyai berat antara 4 hingga 5 ½ kilogram dengan jangka hayat hidup selama 5 hingga 8 tahun. Namun jangka hayat arnab dutch boleh ditingkatkan dengan proses kembiri (neutered / spayed). Mengikut rekod jangka hayat arnab dutch yang tertua penah dicatatkan ialah 15 tahun.



STANDARD KESEMPURNAAN
Setiap 5 tahun jawatankuasa standard ARBA dan lembaga pengarahakan menerbitkan apa yang dipanggil sebagai Standard of Prefection
untuk setiap baka arnab yang diiktiraf. Panduan ini menyediakan satu piawaian yang diguna pakai oleh hakim dan penternak sama untuk pertandingan atau menilai kualiti arnab tersebut untuk pembiakan. Arnab dutch boleh dikenali dengan tanda-tanda berikut:




KEPELBAGAIAN
American Rabbit Breeder Association, (ARBA), mengakui terdapat 6 jenis kelainan warna khas untuk arnab dutch iaitu Black, Blue, Chocolate, Gray, Steel, dan Tortoise. 



Namun begitu terdapat juga warna-warna yang lain yang dibiakan seperti berikut:


KEPALA
Kepala arnab dutch haruslah bulat dan penuh, tidak berbentuk seperti buah pir, dengan leher yang pendek serta kedudukan kepala berhampiran dengan bahu. Secara idealnya tidak lebih dari satu setengah lebar hujung jari dari indeks dan satu jari tengah harus muat antara kepala dan awal bahu pada arnab yang berusia 6 bulan ke atas.
 

TELINGA
Telinga harus kekar (stocky), berbulu dengan baik, berkedudukan tegak serta seimbang dengan ukuran kepala dan tubuh badan arnab tersebut.
 

MATA
Mata harus terang dan jelas, bebas dari bintik-bintik atau perubahan warna di iris. Warna iris haruslah sama di kedua-dua mata dan mesti sepadan dengan warna arnab tersebut. Misalnya arnab dutch Hitam, Coklat, Gray, Steel, atau Tortoise harus memiliki warna mata coklat gelap. Manakala arnab dutch biru (blue mesti mempunyai warna mata biru abu-abu (blue gray).
 

KAKI
Kaki haruslah lurus dan panjang yang tepat dan saiz kaki sesuai untuk menyeimbangkan tubuh arnab. Kuku kaki haruslah berwarna putih di semua jari. Kuku yang berwarna selain putih adalah tidak layak diiktiraf sebagai baka arnab dutch.


BULU

Bulu haruslah pendek dan padat, malah sekiranya dibelai bulu ke arah kepala maka ketika itu  bulu arnab dutch harus terbang kembali ke kedudukan lazimnya dan bulunya yang halus menutupi ke seluruh tubuh arnab.








Sumber maklumat: Verlannahill 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan