Isnin, 7 Mac 2011

KENALI ARNAB ENGLISH SPOT

ARNAB ENGLISH SPOT ialah sejenis arnab domestik yang dibiakkan di Inggeris pada abad ke-19. Secara puratanya mempunyai berat 5 hingga 8 pounds. Baka ini secara jelasnya dapat dibeza oleh tanda-tanda berwarna pada tubuhnya, termasuk tanda butterfly, lingkaran mata, bintik-bintik, herringbone, dan telinga berwarna. Baka ini berkembang biak dalam tujuh jenis warna iaitu hitam (black), biru (blue), coklat (chocolate), kelabu (grey), emas (gold), ungu (purple), dan tortoise. Englihs Spots memiliki tubuh lengkungan penuh, dengan kaki depan panjang. Arnab jenis ini juga sangat aktif dan pengambilan makan sangat sedikit berbanding dengan kebanyakan baka lain. 

SEJARAH ARNAB ENGLISH SPOT
Mengikut kajian hasil daripada pembacaan arnab kubang pasu, arnab baka ini ialah antara salah satu jenis baka arnab tertua. Asal arnab English Spot tidak diketahui secara jelas, namun dipercayai berasal dari English Butterfly Spot. Keturunannya telah dikenali umum di Inggeris sejak tahun 1850, dan diimport ke Amerika Utara pada sekitar tahun 1910. Kelab Arnab American English Spot ( American English Spot Rabbit Club ) telah ditubuhkan pada tahun 1924. Di Perancis baka ini berkembang biak dengan nama "Lapin Papillon Angalias", or the English Butterfly Rabbit kerana tanda kupu-kupu pada hidung arnab ini. 

CIRI-CIRI ARNAB ENGLISH SPOT
Bedasarkan pemerhatian arnab kubang pasu antara ciri-ciri utama arnab baka ini ialah tubuh yang panjang dan melengkung, putih dengan hidung menandakan dalam bentuk rama-rama, tanda di pipi, lingkaran sekitar mata, telinga berwarna, garis dengan yang kasar di tepian bawah tulang belakang, warna ekor, bintik-bintik kecil di setiap sisi, dan tanda di bahagian kaki belakang serta telinga yang tegak.

Ciri-ciri yang paling penting pada Engklish Spot adalah tanda-tandanya. Namun hanya sebahagian sahaja daripada arnab baka ini memiliki tanda-tanda asal dengan bintik-bintik yang terperinci dan garis di belakang badan. Hanya
garis di belakang badan dan sebahgian bintik  sahaja  adalah satu-satunya yang tanda utama yang dapat diwarisi secara jelas kerana mungkin berlaku kacukan antara English Spot dan arnab yang solid-colored ataupun separuh bertanda.

Secara puratanya berat sewaktu berusia 6 bulan ialah lebih kurang 5 hingga 8 pound. Manakala berat badan ideal untuk Jantan (Bucks) adalah 6 pound dan untuk Betina (Doe) ialah 7 pound. Bagi peringkat arnab
Junior pula memiliki berat minimum 3 pound dan tidak boleh lebih dari 6 pound.


PEMBIAKAN ARNAB ENGLISH SPOT
Tempoh kehamilan ialah di antara 30 hingga 32 hari. Anak-anak yang dilahirkan biasanya 25% akan menjadi warna solid, 25% akan mempunyai tanda separa, dan 50% akan mempunyai semua tanda yang diperlukan. Sebahagian bayi mempunyai  "kumis" (mustache) yang mirip dengan Charlie Chaplin dan oleh kerana itu disebut 'Charlie'. Kaedah penjagan arnab yang melahirkan arnab baka ini adalah sama seperti arnab-arnab yang lain.
Arnab Kubang Pasu (AKP)
:: trivial60@gmail.com ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan