Isnin, 7 Mac 2011

MAKLUMAT ASAS PENTERNAKAN ARNAB

ANTARA BAKA-BAKA ARNAB POPULAR UNTUK DIBELA/TERNAK:
1. New zealand white

2. Californian

3. Carolina
4. New simonare
5. Sepanyol
6. Dwarf

7. Dutch

8. French lop
 9. Angora

10. Rex
11. Giant bouscat
12. Satin
13. Mini lop





Arnab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistemewaan arnab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan boleh juga menggunakan arnab tempatan. Tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging.

Pemilihan baka pedaging biasanya diimpot seperti diatas ini kerana beberapa ciri pedaging yang ada pada arnab import lebih ketara berbanding pada arnab tempatan1. Purata bilangan anak seperanakan 7 ke 9 ekor
2.Purata bilangan anak masa cerai susu 6 ke 8 ekor
3.Berat akhir boleh dicapai pada umur 2 bulan ialah 2 kg.

PERINGKAT PERMULAAN1. Untuk hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaitu satu pejantan (arnab jantan dewasa ) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa)
2. Bagi sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan
3. Untuk pengeluaran secara sepenuh masa boleh memulakan 500 induk dan 100 pejantan.

Untuk memulakan secara kecil-kecilan anda perlu sediakan/dapatkan beberapa perkara yang dibawah ini.1. 6 buah sangkar dawai brc (10 – 14 gauge) berukuran 2’ x 3’ x 1.5’ setiap sangkar. Ini bagi menempatkan seekor arnab baka.
2. Reban kecil untuk memuatkan sangkar-sangkar di dalamnya berukuran lebih kurang 4’ x 22’ x 6’ . Sangkaar dimasukkan dalam reban ini. Bumbung hendaklah dipasang bersama.
3. Sumber air minuman yang bersih dan sega.
4. Makanan juga perlu bersih dan segar.
5. 5 buah kotak sarang plastik, 6 buah bekas makanan tembikar dan 6 buah bekas minuman.
6. 1 set arnab dewasa berumur 3 – 5 bulan iaitu 1 ekor jantan dan 5 ekor betina.


Pada permulaan adalah dinasihatkan mengunakan baka kacukan tempatan yang lebih murah berbanding baka import. Setrlah itu bolehlah mengunakan arnab baka pedaging yang dimport.
PEMILIHAN KAWASAN.
1. Berhampiran dengan pusat jualan dan pemperosesan
2. Jauh dari kawasan industri, perumahan dan aktiviti ternakan .
3. Mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan letrik, dan sumber air yang bersih.
4. Peredaran udara yang baik dan memuaskan.
5. Dataran tanah membolehkan kedudukan panjang bangsal dibina secara selari dengan arah terbit/ terbenam matahari.

KAWALAN PENYAKIT
1. Sekitar kawasan hendaklah bersih.
2. Hadkan pegerakan pekerja dan kurangkan pelawat masuk.
3. Langkah kebersihan hendaklah diamalkan semasa menyentuh setiap arnab.
4. Kalau tidak berjaya dirawat bolehlah ditakai (terutama kalau bilangan arnab banyak)
5. Tanamkan arnab yang mati dalam lubang yang jauh dari reban (jika tidak /selepas post mortem)
6. Dapatkan stok arnab dari ladang arnab yang mempunyai mutu kesihatan yang tinggi.
7. Jika berlaku kematian yang mengejut dan melibatkan bilangan yang banyak laporkan dengan segera ke pejabat perkhidmatan haiwan yang berdekatan.

KEPENTINGAN MENYIMPAN REKOD UNTUK ARNAB.Mengetahui jumlah ternakan arnab mengikut peringkat umur, jantina dan baka
Mengetahui prestasi setiap ekor terutama dalam pemilihan anak untuk dijadikan baka.
Memudahkan kerja harian seperti menguruskan (mengendalikan arnab yang bunting , beranak dan menjalankan proses cerai susu.

MAKANAN ARNAB
Makanan arnab biasanya berbentuk pellet atau untilan yang keras, yang mempunyai saiz garispusat 4mm dan panjang 2-3 sm.
Dijual secara timbang atau didalam beg mengandungi 50 kg/ beg
Mengandungi segala nutrisi untuk pertrumbuhan badan sekurang-kurangnya pada kadar kuantiti yang minimum
Jangan tukar makanan kepada jenama yang lain sekiranya makanan yang di beli banyak pecah atau berdebu.ini kerana akan menimbulkan masalah kepada arnab seperti kembung dan boleh menyebabkan kematian.
Jika perlu membuat pertukaran makanan ( memberi makanan yang baru dibeli walaupun dari jenama yang sama) lakukan pecampuran dengan makanan yang sedia ada secara perlahan-lahan dalam masa 1 minggu jangan lakukan pertukaran secara mendadak atau sekaligus.

MAKANAN TAMBAHAN
Selain memakan dedak, arnab juga boleh diberi dengan makanan tambahan lain seperti bahan-bahan hijau seperti daun keledek, daun kangkong dan daun rumput isreal (asystasia coromendeliana)

lebihan kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut. Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dahulu beberapa kali dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2 ke 3 jam. Kemudian bolehlah diberikan kepada arnab. Lebihan ini hendaklah dibuang keesokkan harinya dan jangan di gunakan lagi.

Makanan utama arnab adalah pellet (rabbit pellet) hendaklah diberikan dan boleh didapati di semua kedai pet shop.

PEMBIAKAN
Masuk arnab betina dalam sangkar arnab jantan . Tetapi jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai “territorial behaviour” yang kuat dan akan menyerang serta mungkin membunuh arnab jantan tersebut.
Masa mengawan antara 1 – 5 minit sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tersebut.
Lakukan waktu proses mengawan arnab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang, elakkan proses mengawan diwaktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.

KEKERAPAN MENGAWAN
Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh ditingkatkan secara perlahan kepada sekali sehari.
Penggunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seekor pejantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab pejantan tersebut.
Pada keadaan semulajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.
Dalam penternakan arnab komersial, arnab betina akan dihakwinkan semula dalam tempoh antara 3 – 4 minggu selepas tempoh beranak. Atau dalam masa proses cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikahwinkan semula.

MENINGGIKAN KEBERNASAN
Untuk memastikan arnab tersebut telah mengawan ialah apabila arnab janatan memanjat arnab betina auntuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang atau terlentang.
Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama pada jam 8.00 pagi – 10.00 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5 – 6 jam selepas proses mengawan yang pertama. Iaitu pada waktu petang.

TEMPOH BUNTING
Tempoh bunting arnab betina antara 29 hingga 31 hari. Bunting berat adalah pada minggu keempat. Pada peringkat ini kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab tersebut. Tujuannya adalah supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.

Tanda-tanda arnab telah hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27 – 29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahagian bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut. Elok sekiranya pembela membubuhkan cebisan kertas surat khabar yang telah di potong-potong bagi membantu pembentukan sarang.

Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan diganggu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.

BUNTING PALSU
Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil “bunting palsu” keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 – 17, pada masa tu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan ini dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.

ANAK ARNABSetelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.
Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana bau lain pada badan anaknya.
Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu) buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.
Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur 14 – 16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.

MASA MENYUSU ANAK
Ibu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan (colostrums). Oleh kerana pemberian susu hanya sekali atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anakmya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.
Ibu angkat
Sekiranya bilangan anak melebehi putting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan putting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.
Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu arnab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu ditandakan dengan warna pada bahagian kepala.
Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak arnab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.
Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibody untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2 – 4 minggu.

CERAI SUSUAnak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah sebulan.
Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaitu sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemilihan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatit dari masa kesemasa.
Setiap arnab yang dipilih hendaklah diletakan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak arnab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.
Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak arnab yang tidak dipilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging) anak-anak arnab ini boleh disimpan dalam sangkar cecara berkumpulan selama 20 – 45 hari lagi.

PENENTUAN JANTINAPenentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara perlahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah kedubur.

Apa yang perlu anda tahu tentang arnab?
Seekor ibu melahirkan antara 5 hingga 12 ekor
Mata anak hanya akan terbuka pada hari ke 7-10.
Timbang berat anak (kira purata berat)

Pengurusan Kelahiran Anak3 hari sebelum kelahiran
l Penyediaan kotak - 3 hari sebelum beranak
l Kotak anak - dibasmi kuman menggunakan disinfectant seperti , Omnicide .
l Cara penggunaan :
l 60ml Omnicide + 10 liter air.
Langkah disinfection:l Kotak dicuci – larutan omnicide
l Dibersihkan – air
l Dijemur dibawah cahaya matahari
l Kotak diisi - habuk kayu, rumput kering, siratan surat khabar - ibu arnab tempatkan anaknya dan elakkannya dari kesejukan.
l Pakai sarung tangan - dicelup Dettol
l - elak ibu agresif terhadap anak.
l Buat pembersihan kotak sangkar - elak penyakit.
l Kotak anak dibuka - umur anak 21 hari

Pengurusan anak (1 hari-30 hari )
  • Membuat catatan dalam rekod kelahiran:
  • No. ibu
  • No. bapa
  • Tarikh
  • Jumlah anak
  • Berat semasa kelahiran
  • Catat pada borang dan kotak anak (umur 1 hari)
  • Sangkar sentiasa dibersihkan - elakkan sebarang penyakit
  • Rabbit Lactation Pellet’ diberi kepada ibu - menggalakkan penghasilan susu yang baik.
  • Sepanjang tempoh awal penyusuan, ibu dan anak tidak boleh diganggu - dikhuatiri ibu akan membunuh anaknya.

Pengurusan Semasa Cerai Susu
  • Asingkan anak dan ibu
  • Tulis nombor pada telinga anak arnab
  • Tulis rekod berat badan anak
  • Tentukan jantina anak
  • Timbang berat anak
  • Pemilihan baka dilakukan
  • Asing anak arnab mengikut jantina
  • Pasang palong makanan pada sangkar tersebut
  • Singkiran - ‘notching ‘dilakukan
  • Borang singkiran diisi
  • Baka - dipasang ‘ear tag’
  • Isi borang pindah stok
  • Sebelum pindah anak - pasang palong makanan dan minuman
  • Beri makanan ‘Grower Pellet’ (pembesaran) diberi - ad-lib
  • Cerai susu dilakukan - hari ke 30
  • Untuk baka - dihantar ke kandang 6 dalam masa 70 hari. 
INDUSTRI TERNAKAN ARNAB DI MALAYSIA
Industri arnab masih bertahan
Ada pengusaha menternak arnab untuk haiwan kesayangan
Baka yang baik: Anggora, Dwarf, Rex, Flemming Giant,Dutch
Minat masyarakat – arnab sebagai sumber protin& haiwan kesayangan
Perbelanjaan untuk seekor induk arnab RM69.00
Kebanyakan penternak adalah dibawah Kontrak dengan AVLT
(Australian Malaysia Live Stock Tranding)
PrestasiPengeluaran dilapangan
Kadar Kebuntingan 59%
Kekerapan Beranak 4.8 kali setahun
Bilangan Anak Seperindukan 6 ekor
Kadar Kematian anak 28%
Penghasilan Arnab perinduk Setahun 20.1

PRESTASI RENDAH KERANA KELEMAHAN DALAM ASPEKPembiakan
Pemilihan baka
Kebersihan reban
Pengurusan anak
Kesihatan
Pemakanan

Lain-Lain MasalahTawaran harga kontrak tidak menarik
Tabiat makan
Tiada pilihan pasaran
Kurang bimbingan dan tunjuk ajar
Kurang pengalaman dan contoh
Tiada khidmat pengembangan
Lokasi penternak tidak strategic

Rungutan Penternak
Prasarana
Kos pengeluaran tinggi
Tiada pasaran
Harga jualan rendah
Masalah penyakit
Kurang pengeluaran
Kematian anak

18 ulasan:

  1. saya baru hendak memulakan bisnes ternakan arnab pedanging ini. dimana saya boleh dapatkan arnab pedaging(NZW)dan berapa harganya jika kuantiti 50-100 ekor? Sila email saya exora_solution10@yahoo.com atau sms saya di no. 01115788378(Zaleha)

    BalasPadam
  2. saya ingin menternak arnab adakah pasaran arnab masih ada..n macam mna saya mahu mendapat baka yang berkualiti.col or wasap..0174630537

    BalasPadam
  3. Saya pon sama ingin menternak arnab.pm 0172939356

    BalasPadam
  4. Saya pon sama ingin menternak arnab.pm 0172939356

    BalasPadam
  5. saya igin mntrnak arnab..saye sudah ader NZW...pada mulenyer 2 ekor sahaja...skrg dah smpai 15 ekor xsmpai sthun...tu pom skrg dah asingkn jntn dan btina....ader spe2 bleh mnbntu?flow utk pntrnkn scara bsar bsran utk pdging(jual dging)?

    BalasPadam
  6. Saya berhajat untuk mencari arnab pedaging bersaiz besarnya.sekiraya ada baka yang saya inginkan pm 0127379023 (Hafiz)

    BalasPadam
  7. Aslmkm..saya pun berhajat..mohon wasap 0138566976.Jafli.

    BalasPadam
  8. Saya nak beli sepasang wasap saya 0184725640

    BalasPadam
  9. Barminat menternak arnab 0195694638

    BalasPadam
  10. Dekat mana saya mahu dapatkan kursus untuk ternakan arnab

    BalasPadam
  11. Siapa minat beli baka atau daging ,sila hubung 0109337060

    BalasPadam
  12. Saya tengah survey utk ternakan arnab. Tahun yg akan mendatang selepas covid-19 peternakan mungkin lebih berpotensi

    BalasPadam
  13. sy berminat menternak arnab pedaging,hubungi sy 01133074032

    BalasPadam
  14. Saya berminat mendapatkan pengalaman dan berkerja di pusat ternakan tuan/puan. Sekiranya ada penternak komersil yang sudi membantu saya di selatan tanah air, harap hubungi saya 0197778924 (Mohamad)
    WhatsApp pun tak apa, saya akan call pihak Tuan/puan.

    BalasPadam